Thursday, June 19, 2008

Minyak oh minyak

Harga kuih naik, diaorang kata sebab harga petrol naik - apa rebus kuih dengan petrol.

Ini semua adalah angkara spekulator. Harga minyak dunia akan naik lagi kerana negara OPEC enggan meningkatkan pengeluaran minyaknya - amaran Amerika Syarikat.

Dunia tidak mengalami kekurangan minyak pada masa ini, mengapa perlu pengeluaran minyak ditingkatkan

Pusat Kesihatan beroperasi malam

Ini adalah isu lama yang diberi nafas baru. Seusia perkhidmatan saya, hampir kesemua Pusat Kesihatan di Malaysia menerima pesakit untuk dirawat tidak mengira masa - samada malam ataupun siang. Cuma yang membezakan adalah jenis kes yang diterima dan dirawat.

Bagi semua kes kecemasan, pesakit atau mangsa akan dirawat tidak mengira masa ia datang. Untuk kes-kes bukan kecemasan, ini memerlukan pengamalan soft skill yang terpuji oleh petugas kesihatan untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran kepada anggota masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan sendiri. Di samping itu anggota masyarakat juga perlu diterapkan dengan sikap menghormati kemudahan perkhidmatan yang disediakan serta tidak mengutamakan diri sendiri agar usaha menyelamatkan nyawa mangsa yang berkenaan dapat dilaksanakan oleh petugas dengan sebaik mungkin.

Kepada sesiapa yang bertugas pula, segala usaha murni yang tuan puan berikan sudah tentu akan mendapat balasan yang baik dari Allah swt, seandainya ikhlas dalam menjalankan amanah Allah ini.